Pages

ChaPteR HunDrEd 38: CuRaNg ITU InDaH???

Salam Alaik,

"CURANG ITU INDAH"

nie status seorang mamat dalam profile die kt FB...bukan membe pun..xkenal sape dia..dia add jer..aku accept jer.. oppss!! aku bukan nak cerita pasal dia..cerita pasal statement dia tuh..Sejujurnya aku teramat TIDAK SETUJU....

Indah ker Musibah?? Tau x dia ape makna CURANG tuh??

Curang ialah...........
"Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia. Jika anda fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!"
[Petikan dari Seni Cinta Blog]


aku stuju dengan statement di atas..bila kita terlalu mempercayai..Curang mampu berlaku...krana kita memberikan 100% kepercayaan kepada SI DIA...maka SI DIA pula mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku...

Mungkin.......

Bagi SI PenCURANG....CURANG itu memang INDAH....Kerana...dalam 1 masa mereka mampu memiliki dua CINTA...tetapi curang tidak semesti berlaku disebabkan Kurang CINTA...boleh jadi kerana bosan atau tidak sehaluan atau memang saje suka2...Kenapa nak CURANG??? sebab jumpa yang lebih baik dari kekasih yang sedia ada...solution..tinggalkan kekasih tuh..then pergi la cari TEMAN yang lebih baik...bukan dalam masa yang sama sudah ada TEMAN lebih baik...Tindakan Korang nie sangat KEJAM and SELFISH...

aku bukan la baik sangat...tetapi setakat nie memang xpernah CURANG..sebab itu bukan la cara aku...biar bosan sekali pun...marah mcmmane sekali pun bukan alasan untuk aku berlaku CURANG..banyak lagi cara lain yang boleh dilaku...

"Curang adalah simptom dan bukannya penyebab mengapa…

Hubungan hari ini berlandaskan “Hakmilik” dan “Menguasai Pasangan”. Maksudnya, anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda. Hermm… Patut la semakin ramai yang rela menghabiskan rutin seharian mereka mengintai pasangan mereka… hehehe :) [Sy stuju..jangan mempercayai mereka]

Mari berfikir sejenak… Bayangkan kita semua hidup di dunia yang tiada batasan Kasih sayang, Cinta dan seks.

Maksudnya, adalah LOGIK untuk anda boleh berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks dengan orang yang TIDAK anda cintai, dan anda BOLEH mencintai orang yang anda tidak berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks." [Seni Cinta]

memang betul ape yang ade dalam blog Seni Cinta...CURANG itu memang simptom...dia bukan penyebab...apa yang dikatakan memang jelas...Semua berlaku atas kehendak manusia itu sendiri...

tanya la kepada Mangsa CURANG...
--> INDAH ker perasaan apabila kepercayaan yang diberikan diganti dengan hakikat yang DISAYANGI memiliki CINTA yang lain???
-->INDAH ker apabila Mangsa CURANG mampu SETIA tanpa berpaling kpd yang Lain sedangkan yang DICINTAI...bersama KEKASIH LAIN???
-->INDAH ker apabila Si CURANG menyatakan CINTA dan SAYANG kepada KITA sedangkan dalam masa yang sama Si CURANG ini MENYINTAI & MENYAYANGI KEKASIH lain???

Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan apabila keadaan ini berlaku..Kena banyak bersabar dan kuatkan diri...Mendapat Tahu apabila SI DIA berlaku CURANG adalah bukan sesuatu yang mudah dihadapi...HATI telah DISAKITI...Perasaan jd gundah gulana...apa yang diIMPIkan tidak seINDAH kenyataan...HAKIKAT yang perlu dilalui tidak semudah yang disangka...

Geram la jugak bila dia kata mcam tu..tapi xboleh nak komen kat dia...sebab...aku xkenal dia pun..malas nak menyampuk hal orang..setiap manusia..pandangan dan hati mereka lain2..so aku luahkan jelah kt cni..puas hati jgk kan...mungkin ade jugak yang xkan bersetuju dengan apa yang aku katakan...betul kan??

2 comments:

Imma Yusri said...

x leh komen lebih2 sebab aku pun penah curang dulu... dan sekarang aku dah dpt balasannya...huhuhu

C'chanteque Manes said...

huhu~~
yerker..xpela...jadikan iktibar dr ape yg berlaku...=)