Tetiba ada seorang menegur gadis itu..
"Awak nak balik mana?" Si jejaka memulakan permulaan.
Sambil tersenyum si gadis membalas pertanyaan..."Segamat" tepat pada pertanyaan yang diajukan.. "Owh. Segamat kat mana plak??" Si jejaka terus bertanya lagi. "Segamat di Jementah.."
"owh..saya tau tempat tu..saya ada sedara kat segamat gak..dia duduk di Pemanis."
"0oooo...." xtanya pn...getus si Gadis di dalam hati...hehehe..
"Awak student ker dah keja??"
"keja dh....."
"Awk keja kat mana?"
"Bandar sunway..awak nak balik mana??"
"Saya?? Saya nk balik Batu Pahat...Kampung kat sana.."
"Oooo..Keja kat sini ker??"
"Yurp, Opis saya kat Jalan Tar sana..Saya jarang ade kat sini..selalunya saya gie Indonesia..Company saya supply Arang batu tuk TNB...Awk keja sebagai ape??Company ape??"
"Erm,sy kerja sebagai Customer Service dkt company Telco.."
"Erk! Telco tu ape yer???"
"Telco tu company communication..company saya nie bisnes partner dengan TM so kami buat operation dan sales product & services from TM."
"oooo...dah lama ker keja??"
"Dalam 6 bulan gitu..Baru jer lagi"
Hai la...banyak tanya plak jejaka nie...Kalau boleh si gadis ini ingin melarikan diri..Ternyata kurang berminat untuk meneruskan perbualan dengan jejaki itu..huhuhu
" Sebelum saya meneruskan lagi..saya nak tanya nie..awk nie tunangan orang ker isteri orang ker??"
hahahaha...si gadis tertawa kecil...
"saya masih single lagi.."
"Ooo..bagus la macam tu...bleh saya dapatkan num phone awk?? untuk kita kawan-kawan dan berkenalan..."
Ha!! giler ke hape mamat nie..baru jer kenal aku xsampai setengah jam dah nak mintak num phone..memang berani mati betul dia nieh..getus di Gadis itu...Lalu dia hanya mendiamkan diri dan tidak memjawab pertanyaan Jejaka itu..
Lelaki itu menyambung lagi " Bleh kan?? harap awak xkisah..."
Si Gadis hanya mengelengkan kepala tanda tidak bersetuju..
"Lor,kenapa plak?? awk xbrani ker"
"Yurp, saya baru bercakap dengan awak xsampai setengah jam, belom tentu awak nie orang baik..ntah2 laki orang..jangan buat pasal" Kata Si Gadis itu
" Eh,saya nie masih single lagi..dulu saya pernah bertunang tapi putus di tengah jalan..Al-maklum la..masa tu saya bukan la seorang yang berjaya.."
so..tak tanya pun...hehehe..si gadis berkata dalam hati..
"Eh, Umur awk berapa??"tanya si Jejaka.
"Awak teka la??"
"Erm..tgk muda lagi..21"
hahaha...ketawa kecil si Gadis itu..
"Saya dah tua la awak..24tahun, Awak plak"
"ooo..awk teka la??"
Herm,sesi berteka teki plak...
"Erm..42...hahaha...saya tengok awak nie dah tu"
Si Gadis menilai dari segi perwatakan lelaki itu..walaupun sebenarnya umur yang dijangka tidak sampai 42tahun..mungkin jejaka ini berusia 3o-an.
"Iskh! awk nie..igt saya tua sangat ker?? saya baru 33 tahun.."
"Hah, tua la tu..lebih tua dari saya..hehehe" Kata Si Gadis itu..
"Eh, awk nie lari dari topik la..Mane num phone awk..bleh x saya nk mintak nie??"
Alamak.walaupun si Gadis cuba melarikan diri dari persoalan itu namun dia terkena lagi..
"Saya xpakai handphone..num telefon rumah adelah.."
"Iskh! xkan la awk nie..kenapa awak xnk bagi"
"Itu P&C saya..mane boleh saya bagi orang sesuka hati..kalau awak nak..amek num phone rumah saya nie.."
"Ala..awak nie..xkan xbleh kot.."
"Memang xboleh.."
Si Gadis masih bertegas dengan pendirian dirinya..dia xmungkin memberikan num telefon dia kepada Jejaka yang tidak dikenali.
"Ala, kalau ade num phone senang la saya nak ajak awak keluar..kita sama2 duduk kat KL nie..minggu depan kita bleh jumpa..sebelom saya berlepas ke Jakarta nanti..amacam??"
Hah! memang dasar lelaki ini gila..senang-senang jer nak ajak keluar plak..perbualan sikit punya kejap tetiba nak ajak keluar plak..memang la kau xkan memilik num phone aku...Si Gadis hanya tercengang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu...
"No..i'll never give my num to u..if u want it..amek num phone rumah..ok??"
"Ok la..ok laa...ape num phone rumah?? nanti saya mintak kat mak awak.."
"Mintak la kalau mak saya nak bagi.."
"Ok..kita tengok jer nanti..Ape num phone rumahnya..06-......."
"Eh..bukan 06 la....07--....num phone rumah saya ialah..07-9474%^*...."
"Eh..betul ker nie??bukan segamat 06 ker??"
"Erm.betul la..saya xkan menipu orang..."
"Ok..saya percaya..Sapa nama awak nie??"
"Nama saya huda...awak plak??sedap jer menyembang mana pun xtau.."
"Saya Safri...lepas nie kalau saya call awak angkat yer..."
"InsyaAllah..selagi saya ada kat kampung saya akan cuba"
"Lor..kenapa plak cuba??"
"Yerlah...nie num rumah..bukan kuar num kat skrin dia.."
"hehehe..yer2..saya terlupa..tp Awk akan angkat kan kalu saya Call??"
"InsyaAllah..saya xjanji"
"Erm,awk nie ade mix arab ker??"
Soalan yang paling tidak di gemari oleh si Gadis..Memang ramai orang akan bertanya soalan ini kepadanya..Raut wajah seakan-akan peranakan Arab yang di miliki selalu menjadi pertanyaan orang..
"Hidung awak bukan mancung lagi..."Kata Si Jejaka itu.
"Erm,xde..saya anak melayu..tiada campuran apa-apa" macam kopi Radix plak..nak campur tolak nie...huhuhu
"Tapi rupa awk mcm mix saja..cantik.."
"Terima Kasih..."itu saja yang mampu di jawab oleh gadis itu..
"Awak naik bus pukul berapa nie??"Tanya si Gadis..
"Saya kul 9 malam..sama lah dengan awk kan??"
"Haah..tapi bus saya xsampai2 lagi nie.."
"Erm,xpela..kejap lagi saya sampai..eh,awak nie xde teman special ker??mane la tau kan..orang secantik awk nie..."
Si Gadis hanya tersenyum melihat jejaka itu..
"Sudah ada...."
Kelihatan air muka si Jejaka mula berubah...
"Owh..patut la mintak num phone xnak bagi...awak takut dia marah ker?? saya hanya nak berkawan dengan awak jer bukan nak buat pape pn."
"Eh,xdela..bukan sebab itu..saya pernah mengalami perkara macam nie..mane saya tau,saya nie boleh percayakan awak ker tidak..ntah2 awak nie Dah kawen beranak 3..xpasal2 saya kena serang dengan wife awak..."Lancar saja Si Gadis berkata-kata...
Sebenarnya Si Gadis hanya menipu Si Jejaka sepaya dia tidak terus di ganggui...Dia tahu kalu dia menyatakan dirinya masih lagi single dan tidak berpunya mesti Si Jejaka ini akan terus menganggu hidupnya..adalah lebih baik dia berbohong asalkan diri terlepas.
"eh..awak nie..sampai bila saya nak menipu??saya x tipu la..buat ape saya nak tipu..bila kita berkawan kena la jujur dan ikhlas..saya ikhlas nak berkawan dengan awk.."
Whatever...semua lelaki sama saja..masa berkawan semuanya mulut manis..time nie mula si Gadis terkenangkan kisah lampau...
"Erm,yerlah tuh..."
" Diminta penumpang yang menaiki Bus ker Batu Pahat sila menaiki bus bernumbor JDF 3212 di Platfrom 6 bus anda akan bergerak dalam masa 5minit lagi..."
"Ok la awak..saya mintak maaf la kalu sudah menganggu masa awak..Kalu ada masa nanti saya call awk..awak jangan lupa angkat yer.."
"InsyaAllah...Take care.."
Hahahaha...cepat sungguh Si Gadis menutup mukadimah perbualan meraka..Si Jejaka pun terus berlalu pergi...dan sehingga ke hari ini dan saat ini si jejaka tidak pernah menelefon num phone rumah yang diberikan..mungkin dia ingatakan si Gadis menipu num phone itu..hehehe..dan si Gadis pulak agak Fobia sepanjang berada di kampung apabila terdengar bunyi telefon rumah..hahaha...begitulah kisah Cinta yang x menjadi...actually panjang lagi perbualan antara si Gadis dan juga Jejaka ini..tetapi hanya itu saja yang saya ingat..Si Jejaka sebenarnya memang berminat dengan Si Gadis..Tetapi Apakan daya...Si Gadis tidak menunjukkan minatnya...Inilah kesah yang berlaku pada aku pada 25/11/2009...

Continue my story tentang Ketupat & Korban.....
No comments:
Post a Comment