Pages

ChaPteR FiThY EiGTH: THaNkS Tun Dr.Mahathir..

ARKIB : 22/10/2009

Surat daripada peminat Tun Dr. Mahathir

Orang tidak nampak, saya nampak

SAYA dilahirkan pada tahun 1980 dan dibesarkan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya bangga untuk terus menyayangi dan menyanjungi beliau.

Suami saya selalu bertanya, kenapa saya sayangkan Tun?

Saya kata kepadanya sebab Tun telah menyediakan LRT dan komuter untuk saya gunakan bagi berulang alik dari kampus UKM ke rumah sewa saya di Sentul. Tanpa LRT, mampukah saya membuang masa menunggu bas dan menghabiskan duit untuk tambang teksi?

Suami saya berkata lagi: ‘‘Alah, takkan sebab itu saja?’’ Saya minta suami saya renungkan kembali bagaimana kami bertemu dan berhubung?

Semuanya melalui Internet. Dulu siapa yang membuka mata masyarakat dengan kepentingan ICT? Bukankah Tun yang membuka minda masyarakat dengan kepentingan ICT?

Di bawah pentadbiran siapakah wujudnya pusat sains, Multimedia University, UTP (tempat suami saya belajar). Tanpa Tun, saya berani berkata yang kita masih lagi ketinggalan dalam bidang ICT.

Rata-rata orang sekarang hanya tahu menggunakan ICT, tapi tidak tahu menghargai.

Biarlah apa orang hendak cakap, tapi saya mahu menjadi manusia yang tahu bersyukur kerana Allah berikan saya seorang pemimpin yang secara langsung banyak membantu saya.

Saya nampak beliau membantu saya sehingga saya berjaya berada dalam kelompok golongan profesional.

Walaupun Tun bukan membantu saya dengan memberikan saya wang untuk belajar, tapi Tun memberi saya pengangkutan, ilmu yang didapati daripada ICT, kasih sayang dengan suami melalui ICT.

Banyak lagi yang saya dapat adalah daripada Tun, biarlah orang lain tidak nampak, tapi saya nampak.

*UMIE MARLINI

*Kuala Lumpur

Artikel ini di petik dari Utusan Malaysia Online.

Macammane aku bleh tertarik dengan Cerita ini...semalam malam aku bersama my sis pergi makan Celup2( Yong Tau Fu) berdepan dengan stesen komuter Pantai Dalam..Disitu la bermulanya story di atas..aku duk terangkan kat abang ipar aku pasal laluan komuter nie..then my sis pun berkata.."Nanti ko cari artikel kt utusan,ko bace "Orang Tidak Nampak,saya nampak"..sure ko touching..." Yess..memang betul ape yang my sis katakan..memang aku touching dengan artikel di atas..actually ade dua artikel..untuk bacaan selanjutnya korang klik la kt Utusan Malaysia..

Sememangnya aku berterima kasih teramat kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia yang Ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad...we should proud what has he given to us now..sayangnya ramai yang tidak menghargai ape yang pernah disedia..Betul kate Umie Marlina..kalu tak kerana Komuter, LRT, Monorel dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan..sure aku yang menetap di Kuala Lumpur nie susah nak bergerak..nak beli kenderaan sendiri tidak berkemampuan lagi..dengan adenya public transport nie..mudah la aku bergerak kmane saja..kalau x,xdela every weekend nak ke Jalan Tar jer kan..hehehe..

Begitu juga dengan kemudahan ICT..kalu x kerana Tun..Aku rase memang x wujud jugak blog aku nie..comfirm ramai yang tidak celik IT sekarang..dan Isu jambatan Bengkok di Johor Bharu tu..seriusly memang sedih tengok tempat tu..sebab angah aku pernah bawa aku berjalan tempat tu..memang cantik..lebih kurang macam KL Sentral..tapi mungkin lebih cantik dari i think so..tapi terbengkalai begitu saja..disebabkan pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok segalanya tinggal begitu saja..Kalu aku sendri memandang ade perasaan sedih, apetah lagi hati Orang yang cuba membina Jambatan tersebut..mesti lebih sedih..nobody want to appreciate apa yang ingin Beliau cuba lakukan..setiap kali lalu kat kawasan nie..ade sedikit rase marah and sedih..Duk terfikir kenapa jambatan nie xditeruskn?? sayangnye la..huhuhu...Idea untuk membangunkan negeri Johor dan Tambak Johor...

Dan aku adalah anak Kelahiran UiTM, aku bangga dengan Universiti yang aku pelajari..semuanya atas usaha dan jasa Tun Juga...dia yang berusaha untuk memartabatkan Institut Teknologi Mara kepada sebuah Universiti bertaraf Antarabangsa..Tetapi Sedarkah Anak-anak Melayu yang pernah atau sedang belajar di UiTM tuh?? Ada yang mempertikaikan pengikhtirafan itu..Tapi Lihat la sekarang bagaimana dengan Anak-anak Kelahiran UiTM ini mampu berjaya...

Wahai Anak2 Malaysia especially Melayu..Jangan sesekali melupakan pengorbanan Orang yang pernah berbakti dan Menaikkan martabat negara kita..aku sedar Malaysia sebenarnya berada di ambang perpecahan..fahaman politik yang berbeza...Pemerintah tidak berjiwa Tegas...semua lebih kepada kepentingan individu dan sifat perkauman..semua menjadi isu...celik-celikkan la minda korang semua..Fikir la dengan baik..Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar..(ceewwaahh..berperibahasa plak aku nie..hehehe)..

No comments: