Pages

ChaPteR NiNe: KenDuRi Doa TahLiL & Doa SelaMaT

KendUri TahLiL & Doa SeLaMat
TempAt: TerAtAK InDaH CiK SiTi
Masa: 4.30pm-7.00pm, 8.30pm-10.30pm

herm,semalam berlansung la majlis kenduri tahlil dan doa selamat untuk saya dan emak sempena kami akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah Haji..Majlis ini terbahagi kepada dua seisi iaitu waktu petang dan malam...seisi petang adalah untuk rakan2 saya dan belah malam untuk orang kampung...sayangnya kali nie tidak ramai rakan2 yang hadir kerana mereka ada exam dan xde transpot..huhuhu..xde rezki masing2... dan kali nie xbanyak gambar yang dapat di ambil...terlupa nk amik gambo benanya dah sibuk melayan tetamu..terlupa plak..hehe..gambar2 yang ada nie pn diambil dari kamera akak saya...

terima kasih buat lecturer saya...cik wan dan rakan & juga Dr.Omar kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke kenduri saya ini..(^__^)
ramai lecturer yang dijemput tapi kebanyakan mereka tidak dapat menghadirkan diri atas urusan masing2...huhu..

tidak lupa buat zahar..dak kelas saya...terima kasih kerana sudi membacakan doa tahlil dan doa selamat...jasa anda saya kenangan..dan akan ade ole2 untuk anda nanti..=)

MeNu
[_Nasi Putih_]
[_Rendang Ayam_]
[_Kurma Ayam Hutan_]
[_Kari Daging_]
[_Paceri Nenas_]
[_Pencuk Nenas_]
[_Kueh Karipap_]
[_Kueh Koci Labu_]
[_Kueh Cara Berlauk_]
[_Rambutan_]
[_Puding Mangga & Strawberi_]
[_Air Sirap_]

semua makanan diatas mendapat tajaan dari adik beradik saya sendiri dan mak sedara dari kota tinggi..terima kasih semua..ini juga adalah hadiah sempena hari jadi mak yang k 68 pada 5/november/2008...kire kenduri kali nie mak dapat sponsor..hehe..=)

tentang saya menunaikan haji pulak...saya akan bertolak pada 20/November/2008 ini di Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 9.30 malam dan akan berlepas k Jeddah pada 21/November/2008 pada pukul 1.30 pagi..dan mungkin akan sampai dalam pukul 5.30 pagi..
ini semua mengikut surat yang diberikan la...saya akan berada di Makkah dan Madinah selama 41 hari sehingga 31/Disember/2008 akan berangkat pulang ktanah air pada pukul 5.30 pagi waktu Madinah...maka dengan itu..saya rasa amat bertuah kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran saya di Tanah Haram...Alhamdulillah...rezeki dari ALLAH...bersyukur sangat...

kawan-kawan semua...saya mohon doakan saya agar selamat pergi dan balik serta mendapat Haji Mabrur..amin..Insyallah...kerana tidak semua dapat memiliki Haji Mabrur itu..semua bergantung pada diri kita sendiri...(*__*)




No comments: